Wednesday 13 June 2012

Exam Exam Exam

Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad S.A.W....

Alhamdulillah, segala puji-pujian dilambungkan setinggi-tingginya kepda yang Maha Mencipta dan Memberi Nikmat. Masih lagi diberi "Fursah" olehNya untuk kembali mencoret di Lembaran Coretan Rasa Hati yang seadanya ini.

Sungguh, diri ini tidak sehebat Insan2 lain yang amat berpengalaman serta mantap dalam penghasilan karya2 di blog2 tersendiri. Mungkin kurangnya kebolehan dalam diri yang amat kerdil ini di sisiNya melainkan sedikit sangat Ilmu Pengetahuan yang dipinjamkanNya kepadaKu.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al Alaq ayat 1 -5

Maksudnya:”Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta
(sekalian makhluk). IA telah mencipta manusia daripada “alaq”
(nama yang telah diberikan pada setitis mani) yang telah menetap di
dalam rahim selama 40 hari). Bacalah dan Tuhanmu .Yang Maha Pemurah
Yang mengajar manusia melalui qalam (alat tulis baca). Ia mengajarkan
manusia perkara yang tidak diketahuinya.”

 Ya, semestinya benar Firman Allah. Ilmu tu sangat penting bagi kita semua sebagai manusia, makhlukNya yang mempunyai akal yang sejahtera, yang mana tidak ada kepada makhluk2 lain ciptaanNya. Dengan ilmu juga membezakan 'alim atau jahilnya seseorang itu. Bahkan, ada juga yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan, tetapi disalahguna. Inilah yang patut kita elakkan. Astaghfirullah... Kembali kepada Allah-lah yang sebaik-baiknya. 


Alhamdulillah, setakat hari ni, dah 2 paper berlalu untuk Final Exam Sem2 ni... Dan syukur la sebab masih boleh hadapi exam kali ini dengan agak tenang walaupun gelora di hati serta debaran Final Exam ni belum lagi hilang sepenuhnya... Hanya mampu tawakkal setelah berusaha keras sebelum menjelangnya exam kali ini...

Masih tinggal 3 kertas saja lagi sebelum cuti sem kurang lebih 2 bulan saja. InsyaAllah, selagi terdaya, akan berjuang sehabis demi meraih kejayaan cemerlang sem ini. Dengan izin Allah.. Allahumma Aamin..

Thursday 7 June 2012

Coretan Rasa Hati

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum, salam ukhwah "Menyebar Rasa".
Pagi yang nyaman,
Nilai, Negeri 9, Malaysia
by : UhibbukumFillah92